Tukar Bateri iPhone di Klang — Siap Hari yang Sama
Bateri original Apple dari RM370, atau bateri kualiti tinggi dari RM160 siap dalam 30–45 minit. Di HQ Bandar Bukit Tinggi, depan Giant.
- Dari RM160
- Waranti sehingga 12 bulan
- Siap hari yang sama
- Alat ganti original Apple

Tukar bateri iPhone di iFix Klang: bateri asli Apple dari RM370 (lebih kurang 2–3 jam, waranti 6–12 bulan bergantung pada model) atau bateri kualiti tinggi dari RM160 (30–45 minit, waranti 6 bulan). HQ iFix Klang satu-satunya Apple Independent Repair Provider di Klang.
Dua pilihan bateri
Kedua-duanya bateri yang baik — bezanya pada sumber, harga, masa dan waranti. Kami bantu anda pilih ikut berapa lama lagi anda nak guna telefon itu.
| Bateri original Apple | Bateri kualiti tinggi | |
|---|---|---|
| Harga | Dari RM370 | Dari RM160 |
| Masa | 2–3 jam | 30–45 minit |
| Waranti | 6–12 bulan (ikut model) | 6 bulan |
| Sumber alat ganti | Alat ganti original Apple, terus dari Apple (iFix ialah Apple IRP) | Bateri ganti kualiti tinggi |
| Sesuai untuk | Nak guna telefon 2 tahun lagi atau lebih; tiada mesej alat ganti di Settings | Paling berbaloi; cepat siap |
Tanda bateri dah lemah
- Battery Health bawah lebih kurang 80%
- Telefon mati pada 20–30% atau mati sendiri dalam bilik berhawa dingin
- Kena charge dua kali sehari
- Telefon jadi perlahan atau panas
- Skrin terangkat atau ada celah di tepi — bateri mungkin kembung. Berhenti guna.
Semak sendiri: Settings › Battery › Battery Health & Charging.
Kenapa original Apple ambil 2–3 jam
Tukar bateri dalam 30 minit, semua kedai boleh buat. Untuk bateri original Apple kami tak tergesa-gesa: buka telefon, bersihkan bahagian dalam dengan betul, kemudian tutup semula dengan gam kalis air original Apple.
Jadi hantar pagi, ambil hari yang sama. Kalau nak cepat, bateri kualiti tinggi siap dalam 30–45 minit.
Kes terkini

Battery Health iPhone 77% — Tukar Bateri Asli Apple
Battery health iPhone ini tinggal 77% selepas 1092 kitaran cas, dan iOS tunjuk “kesihatan bateri merosot dengan ketara”. Pelanggan terpaksa charge beberapa kali sehari.
Lihat kes repair terkini →Soalan yang selalu ditanya
Berapa harga tukar bateri iPhone di Klang?
Di iFix Klang: bateri original Apple dari RM370, bateri kualiti tinggi dari RM160. Harga ikut model iPhone anda.
Berapa lama tukar bateri?
Bateri kualiti tinggi: 30–45 minit. Bateri original Apple: 2–3 jam, sebab kami bersihkan bahagian dalam dan tampal semula gam kalis air original Apple.
Berapa lama waranti?
Bateri original Apple: 6–12 bulan ikut model. Bateri kualiti tinggi: 6 bulan. Waranti diberi oleh iFix.
Adakah gambar dan data saya akan hilang?
Tukar bateri biasanya tak sentuh data anda. Tapi sebaiknya buat backup ke iCloud atau komputer dulu sebelum sebarang repair.
Bila perlu tukar bateri iPhone?
Bila Battery Health bawah lebih kurang 80%, telefon mati sendiri pada 20–30%, jadi perlahan, atau bateri kembung (berhenti guna dan bawa ke kedai).
Adakah iPhone akan tunjuk mesej selepas tukar bateri kualiti tinggi?
Pada iPhone yang lebih baru, Settings mungkin tunjuk mesej bahawa bateri bukan alat ganti original Apple. Bateri tetap berfungsi seperti biasa. Kalau tak mahu mesej itu, pilih bateri original Apple.
Servis lain
Apa kata pelanggan di Google
Rating Google 4.9 / 5 dengan lebih daripada 1,600 ulasan untuk HQ Klang kami. Leret untuk baca lagi (ulasan asal).
One of the best service, repair my phone within 10 minutes, screen glued. The main point is, this guy even turn on my phone and check if the screen is still working where I just told him to glue my screen to my phone. Very dedicated person. Good environment, clean and friendly conversation.Highly recommended, especially the service by Jason done on Oct 2nd. He immediately rectified my broken LED, walked me and allowed me to see the whole fixing process. Was super impressed with their service and transparency.JASON : Thank you for helping in fixing my ipad charging point. My charger is broken and gotten stuck inside. Result not able to charge. He super skill helps to remove the broken part and now i can continue charging...Dropped my fon on duty and the screen came off. Visited this outlet and had a good experience with thier service. Staff r very kind and friendly. Thank you very much.The phone screen had almost fallen out when I turned it on, and Jason helped me glue it back on for free. Thank you so muchI am extremely satisfied with the service provided at this store. They diagnosed my phone quickly, and the results are excellent. The customer service was also very friendly and professional. …Jason is really good. Very efficient and fast. Great servicethe staff ( Jason ) is so friendly, the service is fast and very convenient 🥰Jason is polite and helpful.Juat a few minutes he help me cleared many viruses and deleted some apps to let my phone function normal .Very professional staff. have been here for few time and the issue resolved very quicklyJason- first time here.. very satisfied with his work. Very skillful. I'm happy. Thank uFast and easy. Staff are very friendly and helpful. Thank you for your service. RecommendableMr Ng done a fantastic job to repair my screen. …Great and helpful service
Solve the issue with fast responseJason
Your service is really superb. Thank youGood service , i coming again next time thanks for yoursJason doing a good jobTak pasti apa masalah telefon anda?
WhatsApp model telefon dan masalahnya. Kami terangkan pilihan dan harga dulu, kalau OK baru kami repair.