iFix One Stop Solution · HQ Klang

Kedai Repair Phone di Klang — iPhone, Samsung & Android

Kedai repair phone dan telefon di Bandar Bukit Tinggi, Klang, depan Giant: tukar bateri dan skrin, repair telefon masuk air dan motherboard. Kami check dulu, beritahu harga, dan hanya mula bila anda OK.

  • Apple Independent Repair Provider
  • 20 tahun pengalaman repair
  • 9 cawangan
  • Buka setiap hari 10pg–9mlm
Kedai repair telefon iFix One Stop Solution di Bandar Bukit Tinggi, Klang
322,000+telefon dibaiki
99.2%kadar kejayaan repair
90 minpurata masa repair
4.9★Google · 1,600+ ulasan

Apa yang kami repair

Kebanyakannya iPhone, tapi kami juga repair iPad, MacBook, Apple Watch, Samsung dan telefon Android lain.

Tukar bateri iPhone di iFix Klang

Tukar bateri iPhone

Bateri original Apple dari RM370 atau bateri kualiti tinggi dari RM160. Bateri kualiti tinggi siap dalam 30–45 minit.

Butiran & harga →
Tukar skrin iPhone di iFix Klang

Tukar skrin iPhone

Skrin retak, garis hijau, touch tak berfungsi. Pilih skrin original Apple atau kualiti tinggi — skrin kualiti tinggi siap dalam 45–60 minit.

Butiran & harga →
Telefon masuk air di iFix Klang

Telefon masuk air

Diagnosis awal (Visual Mechanical Inspection, VMI) masuk air percuma. Cuci RM80–RM120, keputusan hari yang sama.

Butiran & harga →
Repair motherboard di iFix Klang

Repair motherboard

Tak boleh hidup, restart sendiri, tiada line. Diagnosis awal (Visual Mechanical Inspection, VMI) percuma, biasanya 1–3 hari. Tak siap, tak bayar.

Butiran & harga →
Repair Samsung & Android di iFix Klang

Repair Samsung & Android

Samsung, Xiaomi, OPPO, vivo, Huawei, Honor — skrin, bateri, port charging, masuk air dan motherboard.

Butiran & harga →
Repair iPad di iFix Klang

Repair iPad

iPad, iPad Air, iPad mini dan iPad Pro — skrin, bateri, port charging, masuk air dan motherboard. WhatsApp model untuk harga.

Butiran & harga →
Alat ganti original Apple di iFix Klang

Alat ganti original Apple

Bateri dan skrin original Apple, dengan alat ganti terus dari Apple. iFix ialah Apple Independent Repair Provider — satu-satunya di Klang, juga di Setia Alam dan Johor Bahru. Boleh semak di laman web Apple.

Butiran & harga →

Senarai harga ringkas

Ini harga permulaan sebenar. Harga tepat ikut model — juruteknik akan beritahu harga sebelum mula kerja.

ServisHargaMasaWaranti
Bateri iPhone — original AppleDari RM3702–3 jam6–12 bulan (ikut model)
Bateri iPhone — kualiti tinggiDari RM16030–45 minit6 bulan
Skrin iPhone — original AppleWhatsApp untuk harga2–3 jam6–12 bulan (ikut model)
Skrin iPhone — kualiti tinggiWhatsApp untuk harga45–60 minitWaranti iFix
Diagnosis awal masuk air (Visual Mechanical Inspection, VMI)PercumaHari yang sama—
Cuci telefon masuk airRM80–RM120Hari yang samaTiada waranti
Repair motherboardDiagnosis awal (Visual Mechanical Inspection, VMI) percuma · bayar bila siap1–3 hariWaranti iFix
Repair AndroidWhatsApp untuk hargaIkut modelWaranti iFix
Repair iPadWhatsApp untuk harga—Waranti iFix

Kenapa orang Klang pilih iFix

  • Alat ganti original, terus dari Apple — iFix ialah Apple Independent Repair Provider (IRP), boleh semak di laman web Apple. Apa maksudnya →
  • Kerja teliti, bukan tergesa-gesa — untuk bateri dan skrin original Apple, kami bersihkan bahagian dalam dan tampal semula gam kalis air original Apple.
  • Harga diberitahu dulu — juruteknik check, beri harga, dan mula selepas anda setuju. Tiada caj tersembunyi.
  • Repair motherboard: tak siap, tak bayar — kalau kami tak dapat repair, anda tak perlu bayar caj repair.
  • Ada waranti — bateri dan skrin original Apple 6–12 bulan (ikut model), bateri kualiti tinggi 6 bulan.

Proses repair

  1. WhatsApp kamiBeritahu model telefon dan masalahnya. Boleh terus book slot.
  2. Kami check dan beri hargaJuruteknik periksa telefon dan terangkan pilihan serta harga.
  3. Anda OK, kami repairLepas siap, datang ambil — kebanyakan repair bateri dan skrin siap hari yang sama.

Panduan berguna

Masuk air

Telefon Masuk Air? Apa Perlu Buat Dalam 30 Minit Pertama

Jatuh dalam tandas atau kolam renang, kena hujan, tertumpah kopi — 30 minit pertama sangat penting. Ini yang juruteknik kami beritahu setiap pelanggan.

Baca panduan →
Tak boleh hidup

iPhone Tak Boleh Hidup — Baiki Motherboard atau Beli Baru?

Telefon tiba-tiba tak boleh hidup memang buat risau, lebih-lebih lagi kalau gambar dan chat WhatsApp ada di dalam. Sebelum beli telefon baru, cuba langkah ini dan lihat bagaimana juruteknik kami menilai motherboard.

Baca panduan →
Bateri

Battery Health iPhone: Cara Semak & Bila Perlu Tukar

Telefon habis bateri pukul 3 petang? Sebelum beli telefon baru, semak bateri dulu — selalunya tukar bateri jauh lebih jimat.

Baca panduan →
Masalah skrin

Skrin iPhone Ada Garis Hijau, Berkelip atau Touch Tak Berfungsi?

Garis pada skrin, skrin berkelip dan masalah touch antara repair paling biasa di kedai kami. Ada yang hilang selepas restart, tapi kebanyakan garis tak hilang. Ini cara bezakan.

Baca panduan →
Masalah charging

iPhone Tak Boleh Charge? Semak 6 Perkara Ini Dulu

Sebelum bayar untuk repair, beberapa semakan mudah mungkin jimat satu perjalanan. Kalau semua tak membantu, ini biasanya bahagian yang perlu dibaiki.

Baca panduan →
iPhone terpakai

Beli iPhone Terpakai? 8 Perkara Wajib Semak Dulu

iPhone terpakai yang murah hanya berbaloi kalau tiada masalah tersembunyi. Semak semua ini sebelum bayar.

Baca panduan →
Mesej alat ganti

iPhone Tunjuk “Unknown Part”? Apa Maksud Mesej Ini

Selepas tukar bateri atau skrin, sesetengah iPhone tunjuk mesej yang alat ganti tidak dapat disahkan sebagai asli. Ini maksudnya, dan cara semak sendiri.

Baca panduan →
Pilih bateri

Bateri Asli Apple atau Kualiti Tinggi: Mana Satu?

Kedua-duanya selesaikan masalah bateri cepat habis. Bezanya harga, masa, waranti dan apa yang Settings tunjuk selepas itu. Ini cara juruteknik kami bantu pelanggan memilih.

Baca panduan →
Sebelum repair

Sebelum Hantar Telefon untuk Repair: 5 Perkara Perlu Buat

Beberapa minit persediaan boleh jimat masa dan lindungi gambar serta chat anda. Ini senarai semak yang staf kaunter kami lalui dengan pelanggan.

Baca panduan →

Apa kata pelanggan di Google

Rating Google 4.9 / 5 dengan lebih daripada 1,600 ulasan untuk HQ Klang kami. Leret untuk baca lagi (ulasan asal).

T
Tanabalan Segaran★★★★★
One of the best service, repair my phone within 10 minutes, screen glued. The main point is, this guy even turn on my phone and check if the screen is still working where I just told him to glue my screen to my phone. Very dedicated person. Good environment, clean and friendly conversation.
Y
Yotesri Shanmugam★★★★★
Highly recommended, especially the service by Jason done on Oct 2nd. He immediately rectified my broken LED, walked me and allowed me to see the whole fixing process. Was super impressed with their service and transparency.
A
Augustus Wu★★★★★
JASON : Thank you for helping in fixing my ipad charging point. My charger is broken and gotten stuck inside. Result not able to charge. He super skill helps to remove the broken part and now i can continue charging...
K
Kavenesan K★★★★★
Dropped my fon on duty and the screen came off. Visited this outlet and had a good experience with thier service. Staff r very kind and friendly. Thank you very much.
C
Cherry Cherry★★★★★
The phone screen had almost fallen out when I turned it on, and Jason helped me glue it back on for free. Thank you so much
D
Divagaar Siva★★★★★
I am extremely satisfied with the service provided at this store. They diagnosed my phone quickly, and the results are excellent. The customer service was also very friendly and professional. …
W
Wednesday Lam★★★★★
Jason is really good. Very efficient and fast. Great service
M
MUHD SAFWAN★★★★★
the staff ( Jason ) is so friendly, the service is fast and very convenient 🥰
L
Lim Jun Yee★★★★★
Jason is polite and helpful.Juat a few minutes he help me cleared many viruses and deleted some apps to let my phone function normal .
D
Deven Deva★★★★★
Very professional staff. have been here for few time and the issue resolved very quickly
M
MALINI A/P JAGANATHAN★★★★★
Jason- first time here.. very satisfied with his work. Very skillful. I'm happy. Thank u
E
elanngovan nagandran★★★★★
Fast and easy. Staff are very friendly and helpful. Thank you for your service. Recommendable
N
N N★★★★★
Mr Ng done a fantastic job to repair my screen. …
S
Su Fen Lim★★★★★
Great and helpful service
Solve the issue with fast response
S
Sankar★★★★★
Jason
Your service is really superb. Thank you
G
gwan peng Chua★★★★★
Good service , i coming again next time thanks for yours
A
Audrey Tan★★★★★
Jason doing a good job

Datang ke HQ Klang

Depan Giant Bukit Tinggi, ada parking di kawasan sekitar. WhatsApp dulu untuk tempah masa, sampai terus boleh mula repair.

Alamat
25-0, Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor (depan Giant Bukit Tinggi)

Waktu operasi
Buka setiap hari, 10pg – 9mlm

WhatsApp / Call
016-718 5234

Soalan yang selalu ditanya

Berapa harga tukar bateri iPhone di Klang?

Di iFix Klang, bateri original Apple dari RM370 dan bateri kualiti tinggi dari RM160. Harga sebenar ikut model iPhone — WhatsApp model anda untuk harga.

Boleh tunggu di kedai?

Boleh untuk bateri kualiti tinggi (30–45 minit) atau skrin kualiti tinggi (45–60 minit). Repair dengan alat ganti original Apple ambil masa 2–3 jam sebab kami bersihkan bahagian dalam dan tampal semula gam kalis air original Apple — hantar pagi, ambil hari yang sama.

Perlu buat appointment?

Walk-in dialu-alukan, tapi lebih baik WhatsApp dulu untuk book slot supaya kami boleh terus mula sebaik sahaja anda sampai.

Adakah harga diberitahu sebelum repair?

Ya. Juruteknik akan check dulu dan beritahu harga. Kami hanya mula selepas anda setuju.

Ada repair Samsung dan Android lain?

Ada — Samsung, Xiaomi, OPPO, vivo, Huawei, Honor dan lain-lain. Harga Android ikut model — WhatsApp kami untuk sebut harga.

Ada repair iPad?

Ada — iPad, iPad Air, iPad mini dan iPad Pro: skrin, bateri, port charging, masuk air dan motherboard. Semua cawangan terima iPad; WhatsApp model anda untuk sebut harga.

Tak pasti apa masalah telefon anda?

WhatsApp model telefon dan masalahnya. Kami terangkan pilihan dan harga dulu, kalau OK baru kami repair.

WhatsApp 016-718 5234
WhatsApp